Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t
Saya ada soalan, apakah hukum menjamakkan solat ketika bermusafir untuk pergi ke konsert.
Sekian Terima kasih.
Jawapan
Jamak atau qasar solat merupakan rukhsah (keringanan) yang dikurniakan oleh Allah SWT, maka ia tidak boleh dilakukan tanpa mengikut sebab dan syarat yang ditetapkan.
Merujuk kepada persoalan di atas, tidak dibenarkan sama sekali untuk menjamakkan atau mengqasarkan solat atau melakukan mana-mana rukhsah yang dibenarkan ketika musafir kerana perjalanan yang dibolehkan untuk jamak dan qasar solat adalah jika dilakukan dengan tujuan yang dibenarkan syarak iaitu bukan tujuan maksiat.
Sekian, terima kasih.