BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum...saya ada kemuskilan mengenai niat wudhuk.

Saya tengok kt tik tok baru baru ni mengenai niat wudhuk.niat ketika air mula kena muka kita.saya baru terfikir selama ni saya niat ketika air dah sampai muka.wudhuk saya sah tak selama ni. Thn lps saya pergi umrah macamana tawaf saya.

Trimakasih ...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Niat yang wajib ialah lintasan dalam hati yang dihadirkan ketika mula membasuh sebahagian muka. Niat wuduk yang perlu diniatkan dalam hati ketika mula mengenakan air pada mana-mana bahagian muka adalah wajib dan merupakan rukun dalam wuduk. Justeru, jika diniatkan ketika air telah mengenai mana-mana bahgabian muka maka ia telah memenuhi maksud niat tersebut. 

Namun, sebahagian ulama menyatakan bahawa sah wuduk jika berniat ketika melakukan perkara sunat seperti membasuh tapak tangan atau berkumur. Inilah pandangan yang dikemukakan oleh Abu Hafs Bin Wakil. Ada juga yang berpandangan bahawa wuduk tidak sah jika dia lakukan ketika membasuh tapak tangan akan tetapi sah jika niat tersebut dilakukan ketika berkumur dan menghembus air dari hidung. Inilah pandangan yang dikemukakan oleh Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’.

Kesimpulannya, wuduk menjadi sah jika niat tersebut dilakukan ketika mula membasuh mana-mana bahagian wajah. Namun, jika seseorang sukar untuk menghadirkan hati ketika membasuh anggota fardu atau ada sikap was-was diharuskan untuk berniat ketika melakukan perkara sunat wuduk.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 1

message user image