BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz/Ustazah,

Maafkan saya jika soalan ini menunjukkan kejahilan saya dalam agama.

Saya telah kerjakan umrah pada tahun 2023. Namun ada perkara yang masih menganggu saya sehingga sekarang.

Sebelum ikut jemaah menunaikan umrah, saya telah buang air kecil di hotel. Namun semasa buang air kecil, saya dapati air mazi turut keluar. Yang buat saya terganggu, saya tidak pasti waktu bila air mazi keluar dan waktu bila saya ambil wudhu. Sekiranya air mazi keluar sekali semasa buang air kecil, sudah tentunya saya akan mengambil wudhu selepas buang air kecil kerana tahu sudah tidak ada wudhu. Tetapi, saya was2 sekiranya air mazi tersebut telah keluar selepas saya buang air kecil dan mengambil wudhu. Lalu saya sekadar membilas sahaja kerana berpikir air mazi bukan najis dan tidak membatalkan wudhu lalu terus pergi menunaikan umrah bersama jemaah tanpa wudhu (tawaf,saie,tahalul)

Soalan saya, sekiranya memori saya lemah (akibat bodoh sombong dan bertangguh untuk bertanya) dan tidak boleh kenal pasti dimana situasi saya sama ada air mazi saya keluar sebelum ambil wudhu atau selepas ambil wudhu, apakah penyelesaian terbaik bagi saya dan cara saya selesaikan dam sekiranya dikenakan?

Terima kasih ustaz/ustazah.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan keterangan tuan, air mazi keluar semasa tuan membuang air kecil di hotel. Berdasarkan kenyataan tuan juga, tuan pasti akan mengambil wuduk selepas membuang air kecil. Maka jelas keyakinan tuan adalah tuan membuang air wuduk setelah membuang air kecil dam pastinya setelah bersuci daripada hadas kecil termasuk suci daripada najis mazi.Justeru, tidak timbul keraguan pada perkara ini. Dalam keadaan ini, encik perlu berpegang dengan apa yang pasti, dan buang semua perasaan was-was yang hadir yang boleh mengganggu perasaan diri.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 16

message user image