BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,saya. Nak tanya,apa hukum saya tak letakkan satu lutut ke atas permukaan ketika sujud kerana takut luka pada lutut tu keluar darah yang sangat kecil dan terkena seluar apabila saya letakkan lutut atas permukaan.Tapi luka tu bukan kat tengah-tengah lutut tapi tepi sedikit pada bahagian tengah lutut,saya boleh sahaja letakkan lutut ketika sujud.Jadi sahkah solat saya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Di dalam mazhab al-Shafi'i menetapkan bahawa sujud perlu menyentuh tujuh anggota sujud iaitu:

  1. Dahi

  2. Kedua-dua tapak tangan,

  3. Kedua-dua lutut, dan

  4. Kedua-dua hujung kaki (jari-jari kaki menghadap kiblat).

Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda:

‌أُمِرْتُ ‌أَنْ ‌أَسْجُدَ ‌عَلَى ‌سَبْعَةِ ‌أَعْظُمٍ. الْجَبْهَةِ (وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ) وَالْيَدَيْنِ وَالرِّجْلَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ

Maksudnya: Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota: dahi (dan beliau menunjukkan ke arah hidung), dua tangan, dua lutut, dan hujung dua kaki. (Riwayat Muslim)

Berdasarkan situasi di atas, tuan perlu melakukan sujud seperti biasa kerana ia hanya luka yang kecil. Justeru sebagai saranan, dicadangkan agar tuan mencuci terlebih dahulu kawasan lutut yang berdarah kemudian berwuduk untuk menunaikan solat. Tuan juga perlu membalut kawasan luka tersebut untuk mengelakkan darah tersebut terkena pakaian semasa sedang mengerjakan solat. Jika darah mengalir juga sewaktu mengerjakan solat, maka ia dimaafkan dan solat tersebut tetap dihukumkan sah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image