Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya ada pakai spray rambut , tapi susah sangat nak hilangkan kesan spray rambut tu daripada rambut dan tangan saya . Dah berapa hari saya cuba untuk hilangkan sehingga luka tangan , tapi masih ada . Adakah sah mandi wajib saya walaupun ada kesan spray itu (kesan menghalang air daripada kulit) .
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, segala kotoran yang zahir atau apa-apa yang menghalang air daripada sampai ke anggota badan hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum mandi wajib. Sekiranya kotoran atau penghalang tersebut sukar untuk ditanggalkan serta membawa mudharat jika hendak dihilangkan atau meresap ke dalam kulit, maka ia dimaafkan. Hukum mandi wajib tersebut adalah sah.
Namun, adalah disarankan untuk menggunakan spray rambut jenis yang mudah dihilangkan atau ditanggalkan dengan air atau syampu biasa.
Sekian, terima kasih.