BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin bertanya tentang hukum tindakan ini.

Baru-baru ini terdapat seorang influencer yang memuat naik video di social media merakam beliau menghadiri acara dengan memakai Pam susu di acara tersebut. Beliau menutup aurat lengkap, Pam susu juga di sebalik pakaian tetapi remotenya digantung liar baju dan dibjat terlihat oleh orang umum. Dan apabila ada yang bertanya, beliau akan jawab dengan jujur bahawa itu adalah pam susu.

Pertanyaan saya, adakah tindakan ini dibenarkan dari sisi hukum islam? Kerana pada saya, ia seperti membuka aib sendiri. Memberitahu orang umum bahawa dadanya sedang dipam. Sedangkan ibu yg menyusu di tempat umum mencari tempat yg tersembunyi walaupun sudah memakai kain penutup untuk menyusu.

Mohon penjelasan akan perkara ini.

 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, hukum mengepam susu di tempat awam dengan menjaga aurat dan adab adalah dibolehkan sama sebagaimana hukum menyusukan anak di tempat umum. Namun, yang menjadi permasalahan di sini adalah apabila seseorang memuat naik video di media sosial atau menghebahkan perbuatan mengepam susu kepada khalayak umum. Tindakan sedemikian tidak wajar dilakukan kerana ia tidak menunjukkan ciri-ciri akhlak seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai adab dan rasa malu. Tambahan pula, ia boleh mengundang fitnah ke atas diri wanita tersebut.

Oleh yang demikian, adalah disarankan bagi wanita yang hendak mengepam susu agar mencari tempat yang tidak terbuka dan tidak mewar-warkan kepada orang bahawa dirinya sedang mengepam susu bagi memelihara diri daripada menjadi bahan bualan mahupun fitnah.  

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 19

message user image