BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ada kemusykilan. Saya sedang bermusafir dan saya solat jamak taqdim (himpunkan isyak ke waktu maghrib). Sewaktu sedang menunaikn solat maghrib, saya dapat merasakan ada keputihan yang keluar. Saya musykil adakah saya patut meneruskan solat isyak atau saya perlu mengambil wuduk semula sebelum menunaikan solat isyak? Bagaimana dengan niat solat isyak jika kes sebegini? Mohon pencerahan. Terima kasih


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan soalan yang diajukan, keadaan pertama yang perlu dilakukan ialah terus menyegerakan membuat pemeriksaan sama ada memang keluar keputihan ataupun tidak selepas solat maghrib. Sekiranya keluar keputihan tersebut, maka solat maghrib tersebut terbatal dengan sebab keluar keputihan tersebut. Maka perlulah dibersihkan terlebih dahulu dan mengambil wuduk yang baru dan mengulang solat Maghrib semula dan terus melaksanakan solat Isyak secara jamak. Keadaan yang kedua jika tidak terdapat keputihan setelah membuat pemeriksaan maka terus dengan segera menunaikan solat Isyak. Ini kerana solat jamak tidak boleh terlalu jauh jarak diantara satu waktu solat ke waktu yang lain dan tidak diselangidengan perkara yang diluar daripada maslahah solat.

Namun, sekiranya seseorang itu menghidapi penyakit daimul hadas maka tidak perlu untuk memeriksa dan boleh teruskan dengan solat Isyak sekiranya dia bersuci mengikut syarat daimul hadas

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 13

message user image