BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum... Baru-baru ini saya faham tentang fidyah... Tapi saya sebelum ini pernah mengantikan puasa cuma saya lupa pada tahun-tahun bila... Soalan saya, harus ke saya kira saya tidak pernah mengantikan puasa dan bayar fidyah dari tahun saya akhil baligh iaitu 2003 sehingga tahun 2024?


message user image

Jawapan  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan. Harus untuk beranggapan tidak pernah mengganti puasa dan fidyah dari tahun baligh hingga tahun semasa.

1. Cara yang boleh digunakan bagi menentukan jumlah hari puasa yang ditinggalkan adalah dengan membuat anggaran yang pada sangkaan yang kuat mencukupi. Umpamanya jumlah tahun yang dicuaikan adalah 21 tahun (tahun 2003 hingga 2024) dan setiap tahun 5 hari meninggalkan puasa Ramadan. Ini bermakna jumlah hari yang perlu diqada’ adalah 105 hari.

2. Berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Bil. 1/2001 pada 16 Januari 2001, memutuskan bahawa fidyah boleh dibayar dengan dua cara:

i. Gandakan fidyah dan kafarah mengikut tahun.

ii. Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kafarah.

Ini bermakna umat Islam boleh memilih cara yang bersesuaian mengikut keupayaan masing-masing, berganda atau tidak berganda.

Manakala bagi nilai fidyah yang perlu dibayar, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menggalakkan golongan yang berkemampuan untuk membayar fidyah berdasarkan kepada kemampuan mereka mengikut jenis beras yang biasa dimakan iaitu RM2.00 bagi mereka yang memakan beras Super Tempatan Gred A, RM4.00 bagi mereka yang memakan beras putih import/ beras perang/ beras pulut/ herba ponni/ beras wangi atau RM6.00 bagi mereka yang memakan beras basmathi/ beras Jepun/ beras merah.

Berdasarkan kepada anggaran hari yang dibuat sebagaimana soalan pertama sebagai contoh iaitu 100 hari, puan boleh memilih:

i. Kaedah berganda:

Sebagai contoh

Tahun 2013: 10 (hari ditinggal) x 10 (tahun ditinggal) x 2.00 = RM200.00

Tahun 2014: 10 (hari ditinggal) x 9 (tahun ditinggal) x 2.00 = RM180.00

Tahun 2015: 10 (hari ditinggal) x 8 (tahun ditinggal) x 2.00 = RM160.00

Tahun 2016: 10 (hari ditinggal) x 7 (tahun ditinggal) x 2.00 = RM140.00

Tahun 2017: 10 (hari ditinggal) x 6 (tahun ditinggal) x 2.00 = RM120.00

Tahun 2018: 10 (hari ditinggal) x 5 (tahun ditinggal) x 2.00 = RM100.00

Tahun 2019: 10 (hari ditinggal) x 4 (tahun ditinggal) x 2.00 = RM80.00

Tahun 2020: 10 (hari ditinggal) x 3 (tahun ditinggal) x 2.00 = RM60.00

Tahun 2021: 10 (hari ditinggal) x 2 (tahun ditinggal) x 2.00 = RM40.00

Tahun 2022: 10 (hari ditinggal) x 1 (tahun ditinggal) x 2.00 = RM20.00

Jumlah yang perlu dibayar selepas Ramadan tahun 2023: RM1,100.00

ii. Kaedah tidak berganda:

105 (hari ditinggal) x RM2.00 (nilai fidyah) = RM210.00

Sila rujuk laman sesawang Lembaga Zakat Selangor untuk pengiraan dan bayaran secara atas talian: https://fpx.zakatselangor.com.my/fpx_paynow.asp

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 16

message user image