Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ada persoalan mengenai Zakat.
Situasi:
Ali membayar zakat pendapatan melalui potongan gaji sebanyak RM 4,000 setahun. tetapi melalui perkiraan berdasarkan pendapat beliau, jumlah zakat pendapatan yang perlu dibayar hanyalah RM 2,500. Ada lebihan sebanyak RM 1,500.
Pada masa yang sama, beliau mempunyai wang simpanan yang perlu dizakatkan berjumlah RM 200 dan simpanan emas yang perlu dizakatkan bernilai RM 700.
Zakat pendapatan, zakat wang simpanan dan zakat emas adalah perkara yang berbeza. Perlukah beliau mengeluarkan zakat simpanan dan emas sebanyak RM 900 tadi? sedangkan dia telah membayar lebihan sebanyak RM 1,500. Mohon pencerahan.
Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, baki/ lebihan yang berjumlah RM1500 itu boleh digunakan untuk membuat pembayaran bagi zakat-zakat yang lain yang dikenakan dengan syarat tuan berniat bahawa lebihan itu adalah untuk pembayaran zakat-zakat lain yang diwajibkan.
Sekian, terima kasih.