BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai syarat sah mandi wajib bagi orang yang mempunyai halangan untuk mengenakan air ke anggota badan seperti simen di lengan atau kaki atau luka yang parah di anggota sehingga tidak boleh bersentuh air? Mohon pencerahan bagi isu ini. Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, cara bersuci daripada hadas besar bagi pesakit yang mempunyai kesukaran untuk melaksanakannya seperti biasa ialah dia wajib mengenakan air pada tempat yang sihat. Manakala bagi tempat yang tidak boleh dikenakan air atau berbalut, maka boleh disapukan lembapan sahaja pada kawasan tersebut sebagai ganti kepada anggota tersebut jika tidak memudaratkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 28

message user image