Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
1.Saya mohon bantuan cara pembayaran online tanpa gandaan. Saya sudah pun melayari link zakat yg disediakan tetapi kadar yang tersedia tidak sama seperti yang ditetapkan didalam jadual kadar fidyah bagi negeri selangor. Saya mohon bantuan pihak tuan, puan.
2. Boleh kah saya buat bayaran secara ansuran ?
3. Sekiranya saya lupa berapa bilangan hari puasa yang ditinggalkan, apakah harus saya lakukan.
Saya sangat memerlukan khidmat nasihat tuan/puan
Terima kasih
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
1. Membayar fidyah secara tiada berganda adalah dengan mendarabkan jumlah hari yang ditinggalkan sebelum ini (contoh 100 hari) dengan nilai fidyah yang dipilih (contoh RM2). Jadi jumlah fadyah yang perlu dibayar adalah 100 hari x RM2 = RM200. Seandainya menghadapi kesukaran untuk membuat bayaran secara online, boleh kunjungi kaunter Zakat atau Baitulmal terdekat.
2. Diharuskan membayar fidyah secara ansuran.
3. Sekiranya terlupa jumlah hari puasa yang ditinggalkan, maka boleh buat andaian jumlah yang menenangkan hati mencukupi atau melebihi hari yang ditinggalkan.
Sekian, terima kasih.