BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Saya telah melunaskan zakat simpanan yang telah cukup nisab dan haulnya pada tahun lalu..

Pada tahun ini jumlah simpanan saya tersebut tidak bertambah jumlahnya. Perlukah saya mengeluarkan zakat juga kerana jumlahnya masih melebihi nisab dan telah mencapai haul setahun dari keluaran zakat tahun lalu?


message user image

Jawapan  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Tuan tetap diwajibkan menunaikan zakat simpanan meskipun jumlah simpanan tersebut tidak meningkat, asalkan nilainya masih melebihi paras nisab dan telah genap tempoh setahun hijrah (haul). Dalam Islam, zakat simpanan dikenakan ke atas harta yang kekal dalam pegangan dan tidak digunakan sepanjang tempoh haul tersebut. Oleh itu, sekiranya simpanan tuan masih melebihi nisab dan telah cukup haul sejak kali terakhir zakat dikeluarkan, maka zakat tetap perlu ditunaikan untuk tahun ini. Kadar zakat yang dikenakan adalah sebanyak 2.5% daripada jumlah simpanan yang layak dizakatkan pada akhir tempoh haul tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 15

message user image