Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Situasi saya:
Saya naiki bas sebelum zohor, saya telah berniat untuk jamak takhir pada waktu asar. Saya target akan sampai di destinasi pada waktu asar. Tetapi hakikatnya saya sampai di destinasi pada waktu maghrib disebabkan jalan jem. Untuk kes ini, sekiranya berlaku lagi pada saya pada masa akan datang, apakah tindakan yang perlu saya lakukan? Adakah saya perlu segera solat waktu hormat jamak takhir asar dan zohor (jamak takhir) pada waktu asar itu juga ke selepas menyedari yang waktu asar akan berakhir?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, mengikut situasi yang di alami tuan, tuan perlu melaksanakan solat qada' (ganti) bagi solat zohor dan asar setelah sampai ke destinasi tuan. Menurut mazhab Shafi’i pula, qaul yang azhar ialah solat yang ditinggalkan sewaktu qasar harus untuk diqada' secara qasar jika dia masih dalam keadaan musafir, dan diqada' penuh jika dalam keadaan muqim. Sekiranya berlaku situasi yang sedemikian, dan tidak dapat melakukan solat secara sempurna maka hendaklah solat sekadar menghormati waktu. Adapun solat menghormati waktu, solat ini wajib di qadha semula. Tuan juga boleh mengqada solat hormat waktu ini secara jamak ataupun qasar dengan syarat kita masih berada dalam keadaan musafir.
Sekian, terima kasih.