BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

 

Saya ingin bertanya ayah saya telah meninggal Jun 2024, sebelum itu beliau telah membayar zakat harta pada bulan Ramadhan 2024 (Mac 2024)
Perlukah saya membayar zakat harta bagi pihak ayah saya sekarang bagi tempoh beliau masih hidup yakni sehingga Jun 2024?
Untuk makluman urusan faraid belum selesai. 
 

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan dan fakta kes yang dikemukakan, disebabkan ayah telah membayar zakat harta pada Mac 2024 dan telah meninggal dunia pada Jun 2024, maka tidak diwajibkan zakat tersebut ke atas ayah kerana kewajipan zakat harta adalah setahun sekali dengan syarat cukup nisab. Jika sekiranya zakat yang diwajibkan pada tahun 2023 telah dibayar pada Mac 2024, maka tidak perlu membayar zakat lagi pada Jun 2024.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 12

message user image