BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..saya ada satu kemusykilan..ada yang bertanyakan..jika ada tawaran memiliki lot tanah atau rumah jika berminat perlu membayar rm5k untuk satu lot dan beberapa jumlah bayaran lain bagi menguruskan hal antaranya fail dan urusan dengan pemaju. Jika permohonan tidak berjaya wang rm5k tersebut akan dipulangjan semula kepada pemohon..Adakah terdapat sebarang kesalahan dalam urusan tersebut dalam islam..tq


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, tidak terdapat sebarang kesalahan dalam situasi tersebut dalam Islam. Situasi ini disebut sebagai jual beli secara bayaran deposit (urbun). Jual beli urbun menurut kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh ialah:

Maksudnya: Apabila seseorang membeli sesuatu barang, lalu dia membayar kepada penjual sebahagian daripada harga barang tersebut satu dirham atau seumpamanya dengan syarat bahawa jika jual beli itu diteruskan antara mereka, maka wang yang dibayar itu dikira sebagai sebahagian daripada harga. Tetapi jika jual beli tidak diteruskan, maka wang itu menjadi hibah (pemberian) daripada pembeli kepada penjual. 

Adapun begitu, jika penjual dan pembeli telah membuat persetujuan bersama dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan untuk memulangkan semula sejumlah wang yang telah disepakati jika permohonan tersebut tidak berjaya adalah dibenarkan. Persepakatan ini tidak memberi kerugian kepada mana-mana pihak bahkan merupakan perbuatan yang baik, memudahkan dan menyenangkan pihak yang terlibat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 99

message user image