Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ingin membantu saudara saya yang sedang terlantar sakit stroke Dan yang lain sedang terlantar sakit di hospital akibat kemalang Dan kematian suami.. yang terlantar sakit di hospital kematian suami anaknya sedang belajar diasrama .sebagai contoh saya ada Wang zakat simpanan rm500 jika saya ingin membantu saudara saya yang sedang terlantar sakit stroke Dan seorang lagi dihospital tersebut . boleh kah saya mengambil sebagian wang tersebut sebagai kos perjalanan saya seperti minyak Dan toll?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, wang zakat simpanan adalah wang yang dikhususkan tujuannya untuk diagihkan zakat kepada penerima zakat dan tidak boleh digunakan bagi tujuan umum atau peribadi. Justeru, dalam hal ini tuan tidak dibenarkan menggunakan wang zakat simpanan tersebut bagi tujuan kos perjalanan seperti minyak, toll dan seumpamanya. Maka, wang zakat simpanan tersebut perlulah dizakatkan kepada pihak yang berautoriti seperti pusat atau lembaga zakat negeri di Malaysia.
Sekian, terima kasih.