BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz/Ustazah,

Saya ingin mengetahui hukum bersalaman dengan ayah mertua tiri saya berdasarkan situasi di bawah:

- saya berkahwin dengan lelaki yang mempunyai ayah tiri di mana hasil perkahwinan ibu mertua saya dengan ayah tiri mertua saya, mereka dikurniakan 2 orang anak.

 

Adakah aurat saya sama seperti aurat dengan lelaki bukan mahram saya ketika di rumah. Saya memohon pencerahan tentang perkara ini.

 

Sekian terima kasih.

RAZANITA ISHAK


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Setelah mendapatkan penjelasan, suami puan adalah anak daripada hasil perkahwinan ibu mertua dengan arwah suaminya terdahulu. Kemudian, berkahwin dengan bapa mertua puan yang sekarang ini. Berdasarkan situasi ini, Puan bersama bapa mertua tiri ini bukanlah mahram dan perlu menjaga batas aurat seperti ajnabi.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 7

message user image