BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya nak tanya.
1. Adakah rambut berbuah (knot) pada rambut menghalang air ketika wuduk dan mandi wajib?

2. Jikalau hari2 tidak haid sudah biasa ada keputihan berwarna kekuningan, adakah kuning2 di akhir haid dikira haid juga? Adakah perlu lihat pada hari kebiasaan tidak haid untuk tentukan bila untuk mandi wajib?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan,

1. Rambut berbuah tidak menghalang air ketika wuduk dan mandi wajib kerana ia adalah kesan semula jadi pada rambut, dan air tetap melalui rambut.

2. Keputihan adalah cecair yang keluar dari faraj berwarna putih seperti warna putih susu. Sedangkan keputihan sisa haid (القصة البيضاء) sebagai tanda habis tempoh haid adalah cecair yang berwarna putih jernih seperti warna cecair putih telur. Cecair kekuningan yang keluar dalam tempoh 15 hari adalah dihukumkan sebagai haid. 

Imam al-Nawawi berkata: 

رأت لسن الحيض أقله ولم يعبر أكثره فكله حيض والصفرة والكدرة حيض في الأصح

Maksudnya: Ia melihat tempoh paling singkat haid, tetapi tidak melebihi tempoh maksimum, maka keseluruhannya dianggap haid. Dan warna kekuningan serta keruh juga dianggap haid menurut pendapat yang lebih sahih.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 8

message user image