Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t
Saya mempunyai masalah was was dalam bab niat dalam hati ketika mandi wajib. Saya sedia maklum kita boleh niat dalam hati menggunakan bahasa melayu seperti "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala". Namun begitu, adakah boleh untuk saya niat dalam hati itu menggunakan bahasa arab seperti " نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ الْأَكْبَرِ لِلّٰهِ تَعَالٰى " kerana saya merasa lebih mudah untuk hadirkan niat dalam hati dengan bahasa arab ketika memulakan mandi wajib. Adakah sah mandi wajib saya niat dalam hati menggunakan bahasa arab? Atau tetap perlu menggunakan bahasa melayu kerana ianya bahasa yang difahami oleh kita? Soalan saya ini juga termasuk niat ketika solat dan wudhu. Adakah sah dan boleh untuk niat dalam hati menggunakan bahasa arab?
Diharap persoalan saya ini dapat dijawab. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, di dalam mazhab Shafi'i niat merupakan niat merupakan merupakan rukun bagi sesebuah ibadat baik ibadat tersebut adalah ibadat yang sunat mahupun ibadat yang wajib dan tempat menentukan niat ialah di dalam hati. Niat juga dalam membezakan antara antara satu ibadah dengan ibadah lainnya, atau membezakan antara ibadah dengan kebiasaan. Justeru, mengikut situasi yang tuan alami harus bagi tuan untuk berniat dalam bahasa arab selagimana tuan mengetahui bahawa maksud niat tersebut adalah untuk ibadah mandi mandi wajib, begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain. Maka, tidak disyaratkan untuk berniat dengan menggunakan bahasa tertentu. Justeru, ibadah mandi wajib yang tuan niatkan dalam bahasa arab adalah sah.
Sekian, terima kasih.