BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah menyamakan Allah dengan seseorang itu syirik? Bagaimana nak mengelakkan perkara seperti ini yang berada dalam fikiran seseorang dan bagaimana nak bertaubat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, Allah SWT tidak boleh disamakan dengan seseorang atau sesuatu ciptaan. Firman Allah SWT; وَلَمۡ يَكُنۡ لَّهٗ كُفُوًا اَحَدٌ Maksudnya : “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya” (al-Ikhlas : 4) Caranya hendaklah beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Penyakit lintasan hati, bisikan atau keterlaluan memikirkan sesuatu perkara adalah gangguan syaitan yang ingin menyesatkan umat manusia. Firman Allah SWT: وَاِمَّا يَنۡزَغَـنَّكَ مِنَ الشَّيۡطٰنِ نَزۡغٌ فَاسۡتَعِذۡ بِاللّٰهِ​ؕ اِنَّهٗ سَمِيۡعٌ عَلِيۡمٌ‏ Maksudnya : “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-A’raf : 200) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 195

message user image