BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan : Masjid Kelana Jaya Petra mempunyai tingkat bawah dan atas. Bolehkah saya beriktikaf di tingkat bawah sedangkan dewan solat utama adalah di tingkat atas?

Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk pada persoalan saudara, ruang limpah (yang disebut sebagai mulhaq) adalah sebahagian daripada masjid. Oleh yang demikian, disunatkan untuk beriktikaf dan solat sunat tahiyatul masjid di tingkat bawah masjid tersebut kerana ia dianggap sebagai ruang limpah masjid tersebut. 

 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 5

message user image