BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya nak tanya. Ketika dalam solat, adakah bahu kene tegak atau boleh bersahaja. Begitu juga dengan tulang belakang, adakah kene tegak ketika solat? Apakah hukum berbuat sedemikian? Kerana saya ada baca di dalam satu buku panduan solat dimana penulis menulis di bahagian syarat sah duduk antara dua sujud, duduk tahiyat perlu tegak tulang belakang.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Hal ini disebutkan di dalam kitab al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie menyebutkan; 

يتحقق القيام بانتصاب القامة، وشرطه نصب فقار المصلي، وهو عظام من الظهر أو مفاصله...وإن لم يطق القادر على الانتصاب لانحناء في ظهره لمرض أو كبر، وصار كراكع فيلزمه القيام حسب استطاعته، وإذا أراد الركوع زاد في الانحناء إن قدر عليه

Maksudnya: Tegaknya berdiri (dalam solat) tercapai dengan menegakkan tulang belakang orang yang solat, iaitu tulang atau sendi dari bahagian belakang... Dan jika seseorang yang sebenarnya mampu berdiri tegak tidak dapat berbuat demikian kerana bongkok pada belakangnya disebabkan sakit atau usia tua, sehingga kelihatan seperti dalam keadaan rukuk, maka dia tetap wajib berdiri mengikut kemampuannya. Dan apabila dia hendak rukuk, dia perlu menambah lagi tunduknya jika mampu. 

  • Selain itu, tulang belakang badan perlu berada dalam keadaan tegak kerana ia merupakan syarat sah bagi duduk antara dua sujud kecuali sekiranya berada dalam keadaan keuzuran.

Disebutkan juga di dalam kitab al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie menyebutkan antara syarat sah duduk antara dua sujud; 

الاعتدال في جلوسه بالانتصاب حالة الجلوس، ولا يكفي مجرد الرفع، أو الجلوس مائلاً إلا لعذر

Maksudnya: Kedudukan duduk yang betul (dalam solat) adalah dengan tegak semasa duduk, dan tidak memadai sekadar bangun dari sujud atau duduk dalam keadaan condong melainkan ada keuzuran. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 10

message user image