BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Ayah saya mewarisi tanah pusaka dari datok saya yg sudang lama meninggal

2. Ayah saya berkahwin dgn isteri baru(ibu tiri).

3. Ibu tiri tidak bicara kuasa keatas tanah lalu meninggal. Dia mempunyai anak dgn suami dahulu.

3.Tanah tersebut telah dijual oleh kami adik beradik setelah ibu tiri meninggal.

4. Persoalanya adakah anak2 dari ibu tiri saya(adik tiri) menerima hak bahagian ibu tiri saya.

5. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada fakta kes dan persoalan yang dikemukakan, kes ini diklasifikan sebagai kes kematian berlapis. Oleh yang demikian, anak-anak dari ibu tiri tuan (adik-beradik tiri) menerima bahagian faraid dari kematian ibu tiri tuan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 9

message user image