BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan.

Saya bercadang untuk umrah kali pertama tanpa menggunakan khidmat mutawif . Perancangan asal saya adalah untuk terus ke madinah tanpa berihram dan berniat di miqat semasa dalam penerbangan. Penerbangan saya adalah malaysia-jeddah-malaysia. Tapi selepas beberapa pembacaan saya , saya terbaca wajib berniat ihram di miqat semasa dalam penerbangan. Dan ada saya baca perjalanan dari sumber lain mereka terus ke madinah tanpa berihram dan berniat ihram di miqat dalam penerbangan. Soalan saya, apakah hukum yang lebih jelas berkenaan perkara ini dan apakah cara yang terbaik untuk saya melakukan umrah.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan berdasarkan situasi, mereka yang tidak berniat ihram di atas kapal terbang semasa menuju ke Jeddah ketika melewati miqat Qarnul Manazil kerana ingin pergi ke Madinah terlebih dahulu adalah tidak mengapa. Ini kerana ketika bertolak dari Madinah nanti, mereka juga akan melalui tempat miqat , iaitu Bir Ali(Zul Hulaifah). Justeru, mereka boleh berniat ihram di situ ketika bertolak dari Madinah untuk ke Makkah bagi mengerjakan umrah. Lagi pula niat dan tujuannya dari Malaysia ketika menuju ke Jeddah dalam penerbangan tersebut adalah untuk menziarahi Madinah terlebih dahulu. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image