BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...

jika seseorang itu meninggal dunia dan warisnya mahu membuat badal haji adakah perlu membayar dahulu fidyah simati baru badal haji...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Sekiranya si mati mempunyai fidyah yang belum dilunaskan, maka kewajipan tersebut hendaklah diselesaikan terlebih dahulu menggunakan harta peninggalannya sebelum melaksanakan badal haji. Hal ini kerana fidyah adalah hutang kepada Allah SWT dan wajib diselesaikan dengan segera. Sekiranya si mati meninggalkan harta lebihan selepas bayaran fidyah dilangsaikan maka waris boleh menggunakan harta tersebut untuk menunaikan badal haji. 

Akan tetapi seandainya harta peninggalan milik si mati tidak mencukupi untuk menampung kedua-dua tuntutan ini, maka keutamaannya adalah perlu menjelaskan pembayaran fidyah. Badal haji hanya wajib dilaksanakan jika si mati berkemampuan semasa hayatnya dan masih mempunyai harta peninggalan untuk menampung kos tersebut. Sekiranya waris ingin membiayai badal haji itu daripada harta mereka sendiri sebagai satu amal jariah untuk si mati, maka ia dibolehkan dan digalakkan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 1

message user image