BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

saya nak bertanya, arwah ayah ada menyewa tanah sawah dan sewanya berharga RM500 semusim. Jika hasil daripada padi tersebut, untuk kiraan zakat, adakah sewa termasuk dengan modal yang dikeluarkan untuk tanaman tersebut? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sewa tanah sawah dikira sebagai kos pengeluaran dan ia boleh ditolak jumlahnya sebelum dikira taksiran zakat tanaman yang dikenakan sekiranya melebihi kadar nisab iaitu 1,306kg. 

Sila rujuk: https://www.zakatselangor.com.my/zakatpadi/

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 2

message user image