BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalam, 

1. Saya ade tgk video di Tiktok dan inginkan pengesahan. Benarkah kita perlu mengucapkan niat "sahaja aku sunat wuduk" semasa basuh tgn, kumur dan cuci hidung, lepas tu masa kena air di muka pula baca niat macam biasa "sahaja aku ambil air wuduk"?

 

 2. Ade posing di Thread saya baca yang kita ni selalu mengumpat dan kadang tercakap fitnah . Jadi kadang kita pun dh lost contact dengan org tu atau kita mengumpat artis artis gitu lagi2 orang yang kita tak kenal. Makanya disarankan kita bersedekah atas niat pahala utk mereka? Boleh ke begitu?

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, 

1. Niat merupakan rukun bagi sesebuah ibadat baik ibadat tersebut adalah ibadat yang sunat mahupun ibadat yang wajib dan tempat menentukan niat ialah di dalam hati. Niat membezakan antara satu ibadah dengan ibadah lainnya, atau membezakan antara ibadah dengan kebiasaan. Justeru, di dalam mazhab Shafi'i niat wuduk adalah dalam hati ketika melakukan rukun wuduk yang pertama iaitu ketika mula membasuh muka. Walau bagaimanapun diharuskan berniat wuduk ketika membasuh pergelangan tangan, kumur dan cuci hidung dengan niat sebagai antara amalan sunat ketika berwuduk. 

2. Memang benar seperti kenyataan postingan tersebut. Di dalam hal ini, Imam al-Ghazali telah menyebutkan bahawa permohonan maaf (istihlal) kepada mangsa (orang yang diumpati) adalah wajib dilakukan sekiranya mampu.  Berkata Imam al-Ghazali;

‌فإذن ‌لا ‌بد ‌من ‌الاستحلال إن قدر عليه فإن كان غائباً أو ميتاً فينبغي أن يكثر له الاستغفار والدعاء ويكثر من الحسنات

Maksudnya: Maka, wajiblah memohon kemaafan (istihlal) sekiranya mampu melakukannya. Jika orang itu tiada (tidak hadir) atau telah meninggal dunia, maka hendaklah memperbanyakkan istighfar dan doa untuknya serta memperbanyakkan amalan kebaikan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 2

message user image