Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
pembahagian daging korban.
Asslamualaikum tuan, mohon penjelasan mngenai pembahagian daging korban bahagian asnaf. sekiranya 1/3 dari daging dari bahagian asnaf ada lebihan, adakah boleh diberikan kepada orang awam?
Atau asnaf tidak datang ambil, bolehkah diberikan kepada orang awam? kerana kalau disimpan tiada freezer yang muat untuk menampung daging-daging yang banyak. Mohon pencerahan ust..
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, sekiranya daging korban tersebut ada lebihan atau terdapat asnaf yang tidak hadir mengambil bahagiannya atau asnaf tersebut tidak berada di rumahnya dan tidak dapat diserahkan, bolehlah daging tersebut diberikan kepada orang awam yang lain. Namun, hendaklah dipastikan pada setiap lembu yang dikorbankan ada satu bahagian untuk orang fakir miskin dimana kadar minima yang wajib diberikan kepada fakir miskin ialah kadar setengah kati (300gram), iaitu cukup sekadar kenyang seorang makan. (Rujuk Matla’ al-Badrain. Jil. 1, ms. 232).
Sekian, terima kasih.