BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum. Saya ada pertanyaan. Kalau sebelum ni saya tak tahu pon kalau masukkan jari di bahagian qubul dan dubur membatalkan puasa adakah kita perlu qada puasa yang telah lalu dan membayar fidyah. Mohon pencerahan . Terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Pengarang kitab al Al-Fiqh al-Manhaji dan Mughni al-Muhtaj menyatakan bahawa adalah batal puasa seseorang jika memasukkan sesuatu ke dalam rongga (jauf) melalui dubur, qubul, atau rongga badan lain yang terbuka, walaupun dengan jari sendiri. Ini termasuk memasukkan ubat, jari, kapas, dan sebagainya.

Namun begitu sesuatu perbuatan yang tidak diketahui atau jahil akan hukum hakamnya bahkan ianya telah lepas, maka tidak perlu diqada dan tidak perlu dibayar fidyah kerana ia termasuk dalam perkara yang rumit dalam agama. Namun, apabila sudah mengetahui akan hukum tersebut sebagai contoh perbuatan memasukkan jari pada bahagian qubul dan dubur membatalkan puasa, maka ia perlu dielakkan ketika berpuasa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 1

message user image