BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya nak bertanya berkenaan status anak yang sudah mula makan yang diberi susu badan wanita lain, adakah sudah menjadi anak susuan? Anak saya bergantung susu formula dari lahir sehingga sekarang umurnya 8 bulan. Dah mula beri makan sejak 6 bulan. Disebabkan anak saya selalu demam dan jatuh sakit (kemungkinan kerana kekurangan nutrien susu ibu), saya berjumpa dengan ibu susuan yang mahu menderma susu badannya yang berlebihan. Adakah anak saya akan menjadi anak susuannya walaupun anak saya sudah mula makan? Ataupun memadai asalkan susu tersebut membuatkan anak saya kenyang lima kali? Semoga kemusykilan saya terjawab. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dikongsikan terlebih dahulu syarat-syarat penyusuan yang telah ditetapkan oleh syarak dengan merujuk kepada fatwa Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat yang telah diwartakan pada 7 Jun 2012 iaitu:

(i) Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan (hendaklah setiap kali susuan itu mengenyangkan);

(ii) Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi;  

(iii) Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.

Selain itu, syarat yang menyebabkan seorang bayi dikira sebagai anak susuan adalah apabila disusukan sebelum mencapai usia dua tahun. Jika usianya melebihi dua tahun, penyusuan itu tidak menjadikannya mahram dan tidak menjadikannya ahli keluarga. Oleh itu, walaupun bayi tersebut telah makan namun dia masih belum berusia melebihi 2 tahun, maka apabila telah disusui sebanyak 5 kali kenyang bayi tersebut adalah dikira sebagai anak susuan. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 1

message user image