BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya, saya akan berangkat mengerjakan ibadah haji tahun ini. Bolehkan saya memakai inai di kening ? Ini adalah rutin 2 bulan sekali saya lakukan kerana kening sangat nipis. Saya akan membersihkan dan inai kening tujuan untuk merapikan.

Diharap dapat sedik pencerahan. 
 

Terima Kasih.

Yang Benar,

Syakira


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa hukum asal pemakaian inai ini adalah harus. Akan tetapi, pemakaiannya mempunyai peraturan yang mesti dipatuhi antaranya:

1. Tidak mendatangkan tabarruj (menampakkan kecantikan) yang berlebihan sehingga menarik perhatian lelaki bukan mahram.

2. Bagi tujuan menutup aib/kecacatan.

3. Tidak menampakkan pelambangan kepada sesuatu kaum yang bercanggah dengan norma-norma orang Islam. 

Merapikan bulu kening agar kelihatan lebih kemas dengan menggunakan kaedah inai/henna tanpa memotong atau mencukurnya adalah harus, dengan syarat bahannya adalah suci dan bukan warna hitam. Ini kerana, warna hitam boleh menyebabkan seseorang yang sangat tua kelihatan muda sekaligus membawa kepada unsur penipuan usia dalam Islam.

Perkara lain yang perlu dititikberatkan adalah jika inai tersebut dicampur dengan bahan berbau wangi (minyak wangi), maka ini tidak dibolehkan kerana puan berada dalam ihram dan salah satu perkara yang dilarang semasa berada dalam ihram adalah memakai wangian. Namun, jika inai tersebut  tulen (tidak bercampur dengan wangian), maka tidak mengapa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 1

message user image