BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

Saya ingin bertanya mengenai hukum sah solat. Adakah batal solat jika seseorang tu tgh solat dan dia terbersin dan kemudian keluar hingus dari hidungnya.  Dan jika pakaian yg digunakan utk solat telah terkena dengan hingus yang lain. Contoh dia terlupa baju atau kain digunakan untuk lap hingus tersebut. 

Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Hingus tidak dikira sebagai najis, maka tiada masalah jika terkena pada anggota mahupun pakaian serta tidak membatalkan wuduk dan solat. Justeru, solat yang dilakukan adalah sah dan tidak perlu diulang.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image