BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wrt wbt 

Sohibus samahah tuan mufti

 

Seseorg telah berikan saya duit zakat dan telah wakilkan saya untuk berikan kepada mereka yang berhak.

Dan ada sebuah madrasah berdekatan dengan rumah saya.terdapat beberapa orang ustaz dan pelajar.

Soalan saya : adakah boleh saya berikan kepada mereka dengan alasan mereka ialah faqir atau miskin atau fisabilillah?

Dan bagi penduduk selangor berapakah kadar harta yang seseorg itu dikategorikan sebagai faqir atau miskin?

 

Jazakallah tuan mufti

Semoga saya mendapat pencerahan

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Di Selangor, fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta atau pekerjaan, atau ada pekerjaan tetapi tidak halal, atau ada pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus untuk keperluan diri dan/atau keperluan tanggungannya.

Miskin pula ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan halal yang hanya menampung 50 peratus untuk keperluan diri dan/atau tanggungannya tetapi masih tidak mencukupi.

Boleh rujuk: https://www.zakatselangor.com.my/bantuan-fakir-miskin/  untuk maklumat lanjut.

Seterusnya, terdapat fatwa yang telah diwartakan berkenaan pembayaran zakat di Selangor. Sighahnya adalah seperti berikut:

HUKUM PIHAK YANG TIDAK DILANTIK ATAU DIBERI KUASA YANG SAH MEMBUAT KUTIPAN ZAKAT ATAU MENGAGIHKANNYA

1. Badan Bukan Kerajaan atau Non-Governmental Organization (NGO), individu atau badan lain yang membuat kutipan zakat di Negeri Selangor atau mengagihkannya tanpa izin Duli Yang Maha Mulia Sultan atau wakilnya yang diberi kuasa iaitu Majlis Agama Islam Selangor atau Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Berdaftar adalah tidak sah mengikut hukum syarak. 

2. Pembayaran zakat yang dibuat kepada individu atau badan lain yang tidak diberi kuasa yang sah itu adalah tidak sah dan pembayarnya masih tidak terlepas daripada kewajipan membayar zakat itu. 

Rujukan: https://www.muftiselangor.gov.my/2025/02/05/hukum-pihak-yang-tidak-dilantik-atau-diberi-kuasa-yang-sah/

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 5

message user image