BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya berkenaan Haid.

Soalan 1) Telah keluar spotting coklat 3 hari pada Ramadhan 2025 20,21,22 dan tiada lagi cairan yang keluar. Adakah ini dikira Haid memandangkan pada hari itu saya tetap berpuasa sebab menyangkakan bukan haid.

Soalan 2) Telah keluar spotting pada 08/04/2025 sehingga hari ini 09/04/2025, bagaimana dengan solat adakah saya boleh teruskan solat. Adakah dikira haid atau darah penyakit.

#untuk makluman saya telah berjumpa doktor pada 07/04/2025 dan doktor sahkan darah spotting coklat itu adalah disebabkan hormon. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umum darah berwarna coklat termasuk dalam kategori darah haid yang kuat sifatnya meskipun sedikit atau spotting. Jika darah yang keluar tersebut berlaku pada tempoh boleh berlaku haid, iaitu keluar selepas 15 hari minimum waktu suci serta memenuhi syarat darah haid, iaitu keluar sekurang-kurangnya 24 jam sama ada secara berterusan atau berselang-seli dalam tempoh maksimum 15 hari tempoh haid, maka darah itu adalah darah haid. Puasa yang dilakukan dalam tempoh tersebut adalah tidak sah dan hendaklah diganti. Namun, jika darah tersebut keluar dalam tempoh suci kurang daripada 15 hari dan tidak memenuhi syarat haid, maka tempoh itu dikira sebagai istihadah dan anda perlu terus melaksanakan solat dan puasa.

Memandangkan maklumat yang diberikan tidak mencukupi, kami tidak dapat memberi jawapan yang lengkap.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 5

message user image