BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.r t.

 

Saya ingin bertanya , adakah di benarkan seorang ibu memberi zakat kepada anak lelakinya yang dalam category tidak mampu/berpendapatan rendah?  

Anak lelaki ini berumur >40 tahun , bekerja tetapi di ketahui cukup2 makan untuk menampung keluarganya.

Si Ibu mempunyai duit simpanan dalam ASB di mana setiap tahun akan mengeluarkan zakat. Akan tetapi si ibu berfikiran , dia tidak boleh memberi zakat kepada anak lelaki kecuali sedekah.

Jadi , zakat dari hasil simpanannya di berikan kepada orang lain ( bukan saudara terdekat) dan sedekah kepada anak lelakinya.

Untuk pengetahuan Tuan/Puan , ibu ini ada lagi seorang anak lelaki (sulung) tetapi beliau  juga berpendapatan rendah,  hanya mampu menampung keluarganya sendiri.

 

Sekian dan terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Pada asasnya zakat wajib diberikan kepada asnaf zakat sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah ayat ke- 60:

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pembayaran zakat tidak sah jika diberikan kepada ahli keluarga yang di bawah tanggungan nafkahnya, seperti seorang ayah membayar zakat kepada anak yang masih di bawah tanggungannya. Walau bagaimanapun sekiranya anak tersebut telah dewasa dan tidak lagi di bawah tanggungannya, dan anak tersebut tergolong dalam golongan asnaf seperti miskin, maka membayar zakat kepadanya adalah sah namun berdosa.

Ini berdasarkan kepada ketetapan hukum yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-76 yang berlangsung pada tahun 2006 telah menetapkan bahawa mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pusat zakat adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak. Walau bagaimanapun, perbuatan tersebut dikira melanggar peraturan dan undang-undang dalam perkara kebaikan adalah berdosa. Hal ini kerana Islam mewajibkan umatnya untuk patuh dan taat kepada pemerintah pada perkara kebaikan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image