BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan 

Soalan saya.

Saya bernazar nak sembelih seekor lembu .ssetelah dapat apa YG saya hajat bolehkah Kita sekalikan dengan ibadah korban dengan meletakkan 7 nama Dalam seekor lembu tadi.bagaima Pula lafaz niatnye dua Dalam satu ini.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Nazar tersebut tidak dikhususkan untuk tujuan ibadah korban. Justeru itu, ia tidak boleh dilunaskan dengan niat ia dikerjakan denga ibadah korban. Namun begitu, tuan tetap perlu melunaskan nazar dengan menyembelih seekor lembu sebagai menunaikan janji kepada Allah SWT atas hajat yang telah tercapai. Sekiranya tuan ingin mengerjakan ibadah korban maka tuan perlu menyembelih lembu yang lain bagi menyempurnakan ibadah tersebut. Perlu diketahui nazar dan ibadah korban adalah dua bentuk ibadah berbeza yang tidak boleh disatukan melainkan pada permulaan nazar itu diniatkan untuk ibadah korban.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 5

message user image