BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya berkenaan isu brown spotting sebelum haid.

1. Saya ada baca berkenaan implantation bleeding, adakah implantation bleeding tu dikira darah haid atau istihadah sebab rupa dia tak macam darah haid.

2. Bagaimana nak tahu adat period cycle isteri saya sebab dia cakap sebelum kahwin tak pernah lagi ada brown spotting 2 hari sebelum period cycle dia, selepas kahwin sudah 2 kali dia alami brown spotting 2 hari sebelum cycle dia.

3. Saya confuse perlu suruh dia solat atau tak sebab tak tahu implantation tu haid atau istihadah. Boleh ke ambik jalan selamat suruh je dia solat dan berhenti solat setelah darah haid keluar.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Darah haid ialah darah yang keluar sekurang-kurangnya mencukupi 24 jam dan paling lama ialah 15 hari 15 malam. Untuk mengetahui darah yang datang itu ialah haid, maka wanita itu perlu melihat sebelum darah itu datang adakah dia telah melalui tempoh suci sekurang-kurangnya 15 hari. Jika ya, maka darah yang baru datang itu bolehlah dikira haid jika ternyata cukup 24 jam. Maksud 24 jam itu ialah sama ada datang berterusan selama 24 jam atau terputus-putus tetapi apabila dicampurkan himpunan masanya maka ia cukup 24 jam asalkan tidak melepasi 15 hari. 

Manakala keadaan yang dikira darah istihadah pula, pertama darah itu tidak cukup 24 jam. Yakni apabila darah yang datang itu setelah melepasi lima belas hari dari hari pertama dan setelah dicatat lama masanya maka ia tidak cukup 24 jam, maka ia adalah darah istihadah. Kedua, darah yang keluar melebihi tempoh masa 15 hari iaitu sebanyak-banyak haid. Apabila darah masih ada pada hari ke 16 maka haid telah bercampur dengan istihadah. Pada hari ke 16 hendaklah mandi dan solat.

Merujuk soalan yang diajukan:

1&3. Implantation bleeding (pendarahan implantasi) merujuk kepada pendarahan ringan yang dialami oleh sesetengah wanita pada peringkat awal kehamilan. Terdapat dua pendapat yang menyebutkan status darah yang keluar ketika Wanita sedang hamil, sama ada dikira darah haid atau darah fasad (istihadah). Mengikut pandangan muktamad mazhab al-Shafi’i darah yang keluar ketika hamil dikira darah haid sekiranya terdapat tanda-tanda haid. Justeru itu, tidak sah ibadah solat dan puasa yang dilakukan sepanjang tempoh keluar darah tersebut. Keadaan ini merujuk kepada dalil :

اذا ‌رأت ‌الحامل ‌دما ‌يصلح ‌أن ‌يكون ‌حيضا

Maksudnya: Jika wanita hamil melihat darah layak untuk dianggap sebagai darah haid. (Rujuk kitab al-Mausu’ah al-Fiqh al-Islamiy, Jil. 5, Ms. 318).

2. Darah berwarna coklat kehitaman termasuk dalam kategori darah haid yang kuat sifatnya meskipun sedikit. Jika darah yang keluar tersebut berlaku pada tempoh kebiasaan period dan didatangi dengan tanda-tanda haid, maka ia dikira haid serta tidak boleh melakukan solat dan puasa. Jika darah tersebut keluar dalam tempoh suci kurang daripada 15 hari dan tidak memenuhi syarat haid, maka tempoh itu dikira sebagai istihadah dan anda perlu terus melaksanakan solat dan puasa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 5

message user image