Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan. Sy ingin bertanya, adik beradik sy melaku kn ibadah korban, dan kami serah kan kepada pihak kandang untuk bungkusan daging, setelah dgg di bungkus sekilo2, pihak kandang telah beri kami dgg pejal dan batang pinang untuk kami yang melakukan korban , persoalan saya, boleh kah di asing kan begini, atau sepatutnya di campur sama macam dgg biasa saja .terima kasih tuan
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, mengasingkan bahagian daging seperti batang pinang untuk peserta korban dibolehkan jika bahagian yang diagihkan kepada fakir miskin tetap seimbang dan mencukupi.
Namun, amalan yang lebih baik ialah membahagi daging secara campur (daging, tulang, urat) supaya setiap penerima mendapat bahagian yang adil dan tidak berlaku pilih kasih dalam agihan.
Sekian, terima kasih.