BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya Ada kulit tapak kaki Yang keras, kasar dan rasa tebal di kulit tapak kaki. Sah ke mandi wajib saya kalau Ada kulit tebal, keras Dan kasar di tapak kaki sebab kulit tapak kaki yang licin berkemungkinan Ada Di bawah kulit yang dah jadi tebal, kasar dan keras. Sah ke Mandi wajib kalau air hanya mengalir atas kulit tebal, kasar dan keras tersebut dan tidak mengalir kedalam kulit keras itu untuk air kena ke kulit Yang normal?

Saya tengok google dan tahu benda ini bernama callus atau kulit semuajadi menjadi keras


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, kulit tersebut merupakan sebahagian dari kaki. Oleh itu, sekalipun ia keras, ia tidak mempengaruhi sah atau tidak sah mandi wajib seseorang dengan syarat air diratakan pada permukaan kulit.

Memadai dengan mengalirkan dan meratakan air  seluruh badan termasuk ke atas permukaan kulit tersebut meskipun tidak mengenai kulit dalam yang normal seperti dimaksudkan. 

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 5

message user image