BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum, saya nk tanya, suatu ketika dahulu saya pernah terpijak tahi anjing dan selipar saya dan kaki saya masa tu dalam keadaan basah ataupun dalam keadaan kering. Dan saya terpijak tahi anjing dan kena pada tapak selipar saya sahaja. Dan di tapak kaki saya tidak ada kelihatan apa-apa cuma berbau tahi anjing sahaja. 

Persoalannya. Perlukah saya sertu tapak kaki saya yang berbau tahi anjing itu ? Walaupun tapak kaki saya dalam keadaan basah ataupun dalam keadaan kering. Dan perlu sertu ke tapak kaki saya itu?jika tiada kelihatan apa-apa tetapi cuma berbau tahi anjing sahaja.

Bau kuat ataupun bau perlahan ataupun bau sedang-sedang.

Perlu sertu ke tapak kaki saya itu ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, bersuci dari najis itu wajib apabila diyakini sesuatu itu terkena najis melalui ain, bau, warna atau rasa. Namun, sekiranya najis yang terkena pada diri itu berlaku dalam keadaan syak atau was-was, maka ia tidak memberikan apa-apa kesan padanya melainkan setelah diyakini bahawa najis tersebut terkena padanya. Hal ini kerana perkara yang dzan tidak memberi apa-apa kesan terhadap satu keyakinan. Firman Allah SWT di dalam al-Najm ayat 28:

وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Maksudnya: Padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

Secara tuntasnya, mengikut situasi tuan, maka perkara tersebut  hanya disyaki sahaja kerana bukan sesuatu benar-benar pasti tanpa melihat dengan mata kepala sendiri bahawa najis tersebut terkena pada tapak kaki tuan. Oleh yang  demikian, hendaklah meninggalkan perasaan syak-wasangka tersebut dan mengambil jalan yakin tanpa perlu menyertu. Sesungguhnya Allah SWT tidak memberatkan seseorang hamba-Nya daripada syariat yang telah ditetapkan oleh-Nya. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj ayat 78:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

Maksudnya: Dan DIA tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image