Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya nak tanya, 1. dalam solat kita tidak perlu mengukur posisi anggota badan semasa solat kita kan? Contoh kedudukan tangan semasa sujud.
2. Adakah kita perlu selaraskan posisi anggota badan kita semasa solat untuk setiap rakaat? Contohnya semasa sujud tapak tangan diletakkan diantara 2 muka. Adakah perlu buat begitu untuk setiap rakaat atau dibenarkan jika pada rakaat pertama tapak tangan diletakkan diantara 2 muka semasa sujud, rakaat kedua pula tangan diletakkan dekat dengan dada ketika sujud. Dan begitu juga untuk rukun solat yang lain.
Mohon pencerahan.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, soalan 1 dan 2 mempunyai saling berkait antara satu sama lain. Solat merupakan satu bentuk pergerakan yang teratur dan mempunyai posisi badan yang perlu dijaga bagi mendapatkan kesahihan solat. Berkaitan dengan sujud perlu seseorang itu meraikan syarat sah sujud, antaranya; hendaklah sujud dengan 7 anggota badan. Anggota tersebut adalah:
Justeru, tangan merupakan salah satu anggota yang perlu diletakkan di tempat sujud. Namun begitu, menjadikan kedudukan tapak tangan sejajar dengan bahu dan menjauhkan kedua siku dari sisi badan adalah termasuk di dalam perkara sunat dan bukan wajib. Oleh itu, meletakkan tangan ketika sujud pada mana-mana tempat adalah harus dan tidak membatalkan solat.
Sebagai peringatan dalam konteks solat berjemaah, terutamanya apabila ruang sempit atau bilangan jemaah padat, maka suasana persekitaran dan kemampuan diri perlu diambil kira. Sekiranya mengangkat tangan dan menjauhkan siku menyempitkan ruang jemaah sebelah, maka lebih utama meraikan keselesaan dan mengelakkan gangguan kepada orang lain, kerana solat berjemaah dibina atas asas perpaduan dan keselesaan bersama.
Kesimpulannya, meraikan perkara sunat adalah dituntut, tetapi dalam keadaan sempit atau uzur, keutamaan diberikan kepada kemaslahatan dan suasana. Maka, setiap jemaah hendaklah solat dengan tenang, tidak menyakiti orang lain, dan menjaga kesempurnaan solat berdasarkan kemampuan masing-masing.
Sekian, terima kasih.