BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan

 

Saya mohon panduan untuk menamakan waris mengikut faraid. Situasi saya sekarang ini, isteri saya telah meninggal dunia dan saya perlu bantuan untuk menamakan waris bagi harta arwah isteri.

Arwah isteri saya mempunyai ayah yang masih hidup, manakala ibunya telah meninggal dunia selepas kematian arwah isteri. Saya dan arwah isteri mempunyai 3 orang anak, anak sulung lelaki dan anak kedua dan ketiga perempuan. Arwah isteri mempunyai 7 orang lagi adik beradik yang masih hidup iaitu 5 lelaki dan 2 orang perempuan.

 

Persoalan saya, siapa waris yang perlu saya masukkan selepas kematian ibu arwah isteri.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan dan kenyataan yang diberikan, kes tuan diklasifikasikan sebagai kes kematian berlapis. Ibu isteri meninggal selepas kematian isteri. Ini bermakna ibu isteri merupakan salah seorang waris yang berhak mendapat harta pusaka isteri. Manakala adik beradik isteri tidak mendapat harta pusaka kerana telah dihijab oleh anak lelaki isteri. Ini bermakna waris isteri adalah: bapa, ibu, suami, 1 anak lelaki dan 2 anak perempuan.

Selepas selesai pembahagian harta pusaka isteri, bahagian ibu daripada harta pusaka isteri hendaklah dicampurkan dengan semua harta ibu yang ada dan hendaklah difaraidkan kepada waris-waris ibu yang terdiri daripada suami kepada ibu (bapa si mati), 5 anak lelaki dan 3 anak perempuan (adik-beradik lelaki dan perempuan si mati). 

Walau bagaimanapun, berikut adalah waris dan kiraan yang dinyatakan oleh pihak tuan. Dalam kaedah pengiraan faraid, fakta-fakta seperti ibu, bapa, datuk dan nenek bagi si mati juga perlu dinyatakan maklumat bagi mengelakkan kesilapan pengiraan waris yang berhak. Dinasihatkan agar pihak tuan mendapatkan perintah faraid di Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image