Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Dato' Mufti
Baru-baru ini ada isu tentang hibah simati tetapi keluarga si mati (suami) menuntut haknya utk difaraid kan mahkamah tinggi syariah memenangkan sibalu(isteri) bahawa hibah kepunyaan mutlak sibalu tetapi kes dibawa ke mahkamah sivil dan dibenarkan untuk cabar dan menang atas alasan hibah bersyarat perlu difaraid kan
soalan saya apakah hukum dan fatwa bagi situasi ini?dan nasihat mufti
terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, secara umumnya sebarang pertelingkahan berkaitan harta adalah wajar diselesaikan melalui saluran mahkamah agar keadilan dapat dicapai bagi semua pihak yang terlibat. Keputusan yang dibuat oleh mana-mana mahkamah adalah berdasarkan bukti-bukti dan keterangan saksi-saksi yang dikemukakan dalam perbicaraan. Oleh itu, sekiranya timbul sebarang pertanyaan atau keraguan selepas keputusan tersebut dibuat, maka adalah disarankan agar perkara itu dirujuk semula kepada pihak mahkamah yang berkenaan. Ini bagi memastikan sebarang maklumat yang diperoleh tidak menyimpang daripada fakta dan keputusan sebenar yang telah diputuskan, ini juga bagi menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah.
Sekian, terima kasih.