Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..... Apakah hukum melabur di dalam platform "ASB RIA" ? Adakah hukumnya sama seperti melabur dalam asnb..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, RIA (penasihat pelaburan Robo) adalah aplikasi pelaburan automatik daripada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang dilesenkan melalui rangka kerja Pengurusan Pelaburan Digital (DIM) oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ia merupakan pelaburan yang patuh Syariah yang mana melabur dalam Ria melalui unit amanah yang ditawarkan oleh ASNB iaitu sebuah syarikat pengurusan unit amanah milik penuh PNB telah diputuskan sebagai harus dan dibenarkan di sisi Syarak oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan hampir kesemua Majlis Fatwa Negeri di Malaysia.
Sekian, terima kasih.