Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum..maaf disini saya cuma ingin meminta sedikit pandangan terhadap kes saya ini..
Isu ; Atas perintah mahkamah - Perintah hak hadanah diberikan kepada ibu (bekas isteri) pada tahun 2018 untuk tiga orang anak dan nafkah sebanyak RM200 untuk tiga orang anak tersebut dengan persetujuan mahkamah. Tetapi pada tahun 2019 anak pertama dan pada tahun 2021 anak kedua mula duduk bersama saya ( bekas suami ) sampai sekarang 2025 tanpa apa-apa perubahan dari perintah asal mahkamah.
Dan cuma anak dibawah jagaan bekas isteri cuma anak ketiga dari tahun 2018 sampai 2025
Persoalannya ; Nafkah sebanyak RM200 saya telah berikan kepada bekas isteri setiap bulan dari tahun 2018 sampai tahun Jun 2022 untuk ketiga-tiga anak tersebut, tetapi bekas isteri telah memfailkan kes saman terhadap saya dari Jun 2022 sampai Julai 2023 untuk tunggakan nafkah anak bagi ketiga-tiga nya dan mahkamah sudahpun menjatuhkan perintah untuk membayar saman tunggakan nafkah tersebut. Apa yang perlu saya lakukan untuk merayu dan memohon untuk mahkamah berikan keputusan yang terbaik kerana bagi saya tidak adil untuk saya untuk kes tersebut.
Dan pada Ogos 2023 hingga Disember 2024 bekas isteri telah memohon sekali lagi untuk mendapatkan saman penghutang penghakiman bagi kes tunggakan nafkah tersebut ?
Apa yang perlu saya lakukan sekarang ?
Jawapan
Persoalan yang tuan nyatakan ini adalah berada di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah, cuma secara umumnya tuan boleh membuat permohonan rayuan untuk mengurangkan kadar tunggakan nafkah tersebut kerana kedua-dua anak tuan telah berada di bawah jagaan tuan selaku bapa. Adapun bagaimana kaedah atau tatacara untuk membuat rayuan tersebut tuan boleh merujuk terus kepada pihak Mahkamah Syariah atau tuan boleh merujuk kepada Bahagian Undang-Undang Syariah Majlis Agama Islam Selangor bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan berautoriti.
Alamat :
Bahagian Undang-Undang Syariah
Sektor Undang-Undang
Tingkat 6, Menara Selatan
Bangunan Sultan Idris Shah
Seksyen 5, 40000 Shah Alam
No. Telefon :03-55143643
Waktu Urusan :
Isnin hingga Khamis :
8.30 pagi – 12.00 tengahari
2.30 petang – 4.30 petang
Jumaat :
8.30 pagi – 12.05 tengahari
2.45 petang – 4.00 petang
Terima kasih.