BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya bermusafir dari Kelantan ke kl pada Hari khamis Dan bermalam Di Sana. Keesokannya, saya pergi tengok wayang sampai terlepas solat jumaat. Adakah perbuatan itu Salah? Sebab Hari sabtu saya sambung bermusafir ke Perak. Minta penjelasan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Di antara syarat wajib solat Jumaat adalah apabila seseorang itu bermukim di kawasan tersebut. Berdasarkan situasi di atas, encik tidak dikira sebagai bermukim di Kuala Lumpur kerana encik berada di sana kurang dari tiga hari tidak termasuk hari sampai dan hari keluar. Justeru, digugurkan kewajipan solat Jumaat daripada encik atas sebab tersebut. Adapun perbuatan menonton wayang, jika tidak mengandungi unsur yang diharamkan oleh Islam, maka dibenarkan. Namun jika sebaliknya, maka ia dilarang.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 10

message user image