BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam.

 

Baru2 ini kami bergaduh besar dan saya telah  mengambil phone suami. 

Suami Saya telah lafaz taklik "kalau tak Bagi phone tu jatuh talak.

Dan saya tidak terus memulangkannya sehingga hari ini. Dah 3 hari. 

Beliau tidak menyatakn masa berapa lama tempoh kena bagi balik phone untuk jatuh talak. .

Adakah telah jatuh talak walaupun tidak dinyatakan masa?

Sekiranya saya pulangkan handset tersebut beberapa hari akan datang, apa masih dikira jatuh talak atau belum?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam menjawab puan, lafaz suami puan "kalau tak bagi phone tu jatuh talak" adalah suatu lafaz yang agak umum kerana tidak ditentukan masa dan tempohnya. Oleh yang demikian, niat suami ketika melafazkan ayat tersebut sangat penting untuk dirujuk dan ia boleh diambil kira dalam penentuan sama ada berlaku atau tidaknya talak.

Oleh yang demikian, memandangkan pihak yang berautoriti atau berbidangkuasa di dalam menentukan sesuatu penceraian itu berlaku atau tidak adalah pihak Mahkamah Syariah, maka disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 3

message user image