Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualikum Ustaz.
Saya nak bertanya tentang lafaz kinayah. Sewaktu saya memberi penerangan kepada pelajar berkaitan fungsi kapasitor iaitu 'menyimpan dan melepaskan cas', berlaku lintasan berkaitan perceraian dalam hati. Adakah boleh dianggap kinayah kerana mengandungi perkataan 'melepaskan cas' kerana lintasan hati berkenaan beria mengatakan perkataan 'cas' tu sbgai mewakili isteri saya. Saya menjadi sangat susah hati memikirkannya.
Terima kasih
Jawapan
Menjawab pertanyaan tuan :
Lafaz tersebut tidak dikira sebagai kinayah kerana ia tiada kaitan langsung dengan kesamaan makna atau maksud dalam bahasa mahupun uruf dengan cerai atau talak dan niat atau lintasan hati tuan yang berlaku selepas lafaz itu tidak menjadikannya sah sebagai cerai.
Sekian, terima kasih