BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Aslm Ustaz, saya nak bertanya soalan mengenai mandi wajib, sy selalu potong kuku untuk mengelak kotoran bawah kuku, sehinggakan kadang sy potong melebihi had sampai nampak sikit daging bawah kuku itu sampai sakit, entah bagaimana darah beku muncul di kuku itu.

Ketika saya mandi wajib, sy tidak hilangkan darah beku itu takut nanti sakit, jadi sy biarkan sehingga selesai mandi wajib. Kemudian apabila sy cuba buang darah beku itu, ia tak rasa sakit. Adakah sah mandi wajib sy sebab sy tak tahu kondisi sakit sy itu. Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, mandi wajib saudara adalah sah, jika darah beku yang dimaksudkan tidak menghalang air daripada sampai ke kulit di bawahnya, atau jika pada masa itu saudara menyangka ada uzur seperti sakit atau mudarat jika dibuang.

Dalam mazhab Syafi‘i, syarat sah mandi wajib ialah:

  1. Niat mandi wajib.

  2. Meratakan air ke seluruh badan (termasuk kulit di bawah kuku, rambut, celah jari, dll).

  3. Tiada penghalang air sampai ke kulit.

Apa hukum darah beku atau kerak luka?

  • Jika darah beku itu masih sebahagian dari luka yang belum sembuh, dan menghilangkannya membawa mudarat (seperti sakit atau lambat sembuh), maka dimaafkan, dan sah mandi walaupun air tidak kena terus ke bawahnya.

  • Jika darah beku itu keras dan menghalang air sampai ke kulit, dan tiada lagi uzur atau sakit, maka ia perlu dibuang sebelum mandi wajib.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 13

message user image