Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
asslaamualaikum, suami telah melafaz taklik, kalau kau cek fon aku jatuh talak 3, sehingga skrg belum ada pelanggarqn,
sy nak tnya adakah masih valid taklik tersebut jika kami akad nikah baharu selepas cerai talak raji'?
Jawapan
Menjawab pertanyaan puan, taklik tersebut sah sehingga berlaku perlanggaran terhadap taklik tersebut. Walau bagaimanapun, menurut pandangan Imam Al Shayrazi dari ulama mazhab Syafie menyatakan bahawa seandainya suami menceraikan isteri secara ba'in, sama ada dengan menceraikannya dengan talak raj'ie, hingga berakhir tempoh eddah lalu menjadi talak ba'in, atau dengan cara khulu', maka hilanglah syarat taklik tersebut.
Sekian, terima kasih